Sapaan

sesi mengarut no2...

Sapaan??
penting ker??
tuk per??
Tiap-tiap hari kita menyapa orang lainkan..

sila duduk diam-diam..dan fahamkan..

bismilah..


Apakah yang dimaksudkan sapaan?

sapaan adalah ucapaan atau perbuatan/pergerakan dalam komunikasi yang melibatkan 2 pihak atau lebih.
Sapaan merupakan permulaan kata atau permulaan perbualan. Sapaan berlaku ketika dalam komunikasi lisan atau bukan lisan
dan sering kali sapaan berlaku dalam kedua-dua keadaan.

Setiap masyarakat didunia ini mempunyai cara sapaan mereka yang berbeza mengikut kepercayaan dan fahaman mereka.

Pentingkah sapaan ini??

ya!, sapaan penting dalam komunikasi.

kenapa?

Sapaan penting dalam komunikasi kerana ia merupakan tanggapan pertama terhadap individu yang membri sapaan
oleh individu yang disapa.Jika anda membuat sapaan dengan baik, sudah tentu tangapan yang baik diberikan kepada
individu yang memberi sapaan, namun jika sapaan dilakukan dengan tidak baik, tangapan sebalik yang akan diberikan

Sapaan merupakan pembuka kata atau pendahulu dalam komunikasi,
sapaan akan membuka ruang untuk komunikasi itu berkembang dengan lebih lagi.(pembuka tajuk perbualan)

Sapaan yang baik mampu mengeratkan hubungan dan membuatkan komunikasi yang dijalankan adalah lebih baik.

p/s: pemulaan blog boleh dikatakan sapaan awalan


oleh tukang.karut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Sapaan"

Post a Comment